NEWCASTLE: Alan Pardew meminta pasukannya menamatkan musim ini seperti mereka memulakannya dengan matlamat menduduki enam tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
Skuad Magpies tidak pernah melepaskan kedudukan mereka dalam kelompok terbaik liga itu dan berkunjung ke West Brom malam ini, masih di tangga keenam dan dua mata ketinggalan di belakang pasukan tempat kelima, Chelsea.
Pardew sedar kedudukan itu akan tergugat jika gagal mengekalkan standard yang dimiliki dengan baki sembilan perlawanan.
Namun beliau yakin mereka mampu mempamerkan siri rekod kecemerlangan jika mahu memastikan apa yang dilakukan tidak berakhir dengan sia-sia.
“Kami memberi tumpuan penuh terhadap baki sembilan perlawanan. Kini tinggal suku terakhir kejuaraan dan kami perlu menamatkannya dengan rentak seperti tiga perempat musim sebelum ini yang cemerlang.
“Sikap dan cara pemain bermain begitu membanggakan dan jika boleh meneruskannya, ia pasti mengejutkan pasukan.” Peluang Cheick Tiote diturunkan dianggap 50-50 dalam usaha untuk pulih daripada kecederaan hamstring manakala pertahanan, Danny Simpson mungkin kembali daripada kecederaan yang menyebabkannya tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Norwich minggu lalu yang berkesudahan, 1-0.
Belum dipastikan sama ada Pardew akan menurunkan gandingan berbisa, Demba Ba dan pemain dibawa masuk Januari lalu, Papiss Cisse di bahagian serangan.
Ba menjaringkan 16 gol musim ini biarpun gol terakhir pada perlawanan pertama sejak kembali daripada tugasan Piala Negara Afrika dengan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa, 5 Februari lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment