Sunday, 25 March 2012

Badminton: Zulfadli julang maruah Leopard

ZULFADLI Zulkifli menyelamatkan maruah negara pada perlawanan kedua skuad Malaysia Leopard di Piala Axiata semalam meskipun hampir tewas kepada pemain Vietnam, Nguyen Hoang Nam untuk memastikan kemenangan 2-1, semalam.

Juara Remaja Dunia 2011 itu diheret ke perlawanan penentuan selepas tewas set kedua dalam perlawanan di Stadium Tertutup Tenis Senayan, Jakarta tetapi bangkit untuk menewaskan Hoang Nam, 21-19 16-21 21-14.


Kemenangan itu penting selepas perseorangan utama, Misbun Ramdan Misbun tewas kepada Nguyen Tien Minh, 10-21, 15-21.

Mujur Ow Yao Han-Chooi Kah Ming memastikan mata penyamaan selepas menewaskan Bui Bang Duc-Dao Manh Thang 21-8, 21-8, sebelum Zulfadli diturunkan untuk perlawanan ketiga.


Terdahulu skuad Garuda Indonesia yang mempertaruhkan barisan terbaik mereka mudah meratah Singapura 3-0 apabila Taufik Hidayat memulakan langkah dengan menewaskan Robin Gonansa, 24-22 21-13.


Kejayaan itu disusuli gandingan utama Indonesia, Hendra Setiawan-Markis Kido yang menewaskan Terry Yeo-Yi Liu 21-12. 21-16 diikuti Sony Dwi Kuncoro-Huang Chao 21-19, 21-6.hmetro.com.my

No comments: