Thursday, 22 March 2012

KOM bakal lalui perubahan kepimpinan

TITIK perubahan kepimpinan dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mungkin berlaku apabila jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden dipertandingkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu.

Dijangka akan diadakan bulan depan, Pemangku Pengurus Besar KOM, Anthony Samy Silvarajoo berkata, pencalonan bagi tiga jawatan utama itu bagaimanapun masih belum dibuka sehingga keputusan tarikh mesyuarat ditentukan.

“Tarikh dan tempat bagi AGM 2012 hanya akan diputuskan pada mesyuarat majlis tertinggi KOM yang akan bersidang selepas menerima maklum balas daripada laporan kewangan tahunan audit dalaman yang dihantar KOM bulan lalu,” katanya.

Mengakui kemungkinan besar AGM akan tetap diadakan pada bulan depan meskipun tarikhnya masih belum diputuskan, Samy bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai siapa yang akan dicalonkan oleh ahli gabungan badan induk itu bagi tiga kerusi panas tersebut.-SH

No comments: