Sunday, 25 March 2012

Mancini 'terdesak'


TEVEZ (kiri) kembali menjadi taruhan Mancini untuk menghadapi kempen Liga Perdana England musim ini.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson melancarkan perang psikologi ke atas rakan sejawatannya di Manchester City, Roberto Mancini.

Ferguson menyuarakan amaran itu menjelang aksi Liga Perdana England menentang Fulham di Old Trafford awal pagi Selasa ini.

Pengendali kelahiran Scotland itu berkata, Mancini terdesak dalam misinya untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

Situasi tersebut memaksa Mancini memanggil semula penyerang bermasalah, Carlos Tevez, sekali gus melupakan kontroversi antara mereka berdua sebelum ini.

Penyerang Argentina itu kembali menyarung jersi City selepas lima bulan 'diketepikan'.

Bagaimanapun, Tevez berjaya membuktikan kehebatannya apabila membantu pasukan itu menewaskan Chelsea 2-1, Rabu lalu.

Kemenangan itu memberi peluang kepada City untuk mengekori rapat penda- hulu liga, United.

Ketika ini City berjaya mengumpul 69 mata, hanya ketinggalan satu mata di be- lakang United.

"Jika kamu bercakap mengenai terdesak, mereka (City) telah menggunakan pemain yang enggan menjalani latihan bersama pasukan. Pengurus pasukan itu juga pernah memberitahu, dia (Tevez) tidak akan disenaraikan semula dalam skuad tersebut.

"Dia bercuti selama lima bulan di Argentina. Adakah itu merupakan sikap (profesional)? Bolehkah ia dianggap sebagai satu terma 'terdesak' (apabila Mancini menyenaraikan semula Tevez)," kata Ferguson.

Selain itu, beliau turut membidas kenyataan Pegawai Eksekutif Pembangunan Bola Sepak City, Patrick Vieira yang mengkritik kepulangan pemain tengah United, Paul Scholes.

Ferguson berkata, beliau sudah bersedia untuk melancarkan perang psiko- logi' terhadap City.

"Jangan risau kerana saya memiliki banyak pengalaman. Mereka boleh mencuba untuk melancarkan perang psikologi."

Ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk menyambut kepulangan pemain yang mengingkari arahan pengurus, Ferguson berkata: "Perlukah saya menjawab soalan itu? Rasanya tidak perlu." - Agensi

No comments: