
BENG HEE (depan) mahu mengembalikan prestasinya agar mampu menyerlah di pentas antarabangsa.
PRESTASI tidak menentu pemain skuasy berpengalaman negara, Ong Beng Hee seakan berterusan.
Pencapaiannya dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa juga semakin meragukan dan setakat ini, hasratnya untuk bergelar juara dalam mana-mana kejohanan semakin terancam.
Kali terakhir dia berada dalam kelompok 10 terbaik dunia ialah pada tahun 2004.
Namun, selepas bertungkus lumus sepanjang tahun lalu dan kalah 10 per- lawanan pada peringkat awal, pemain berusia 32 tahun itu nekad untuk bangkit semula.
Terbaharu, pemain veteran negara ini dilihat semakin menyengat apabila melakar kejutan besar pada Kejohanan Skuasy Terbuka Motor City, Januari lalu dengan mengalahkan pemain pili- han pertama dan penyandang juara, Mohamed El Shorbagy dari Mesir.
“Saya akui, prestasi saya umpama yoyo. Jadi, untuk musim 2012 ini, saya mahu lebih fokus dan tampil dengan aksi yang lebih konsisten.
“Apa yang penting, saya perlu mendapat rentak semula. Jadi, untuk permulaan saya akan memulakan dengan satu kemenangan pada satu kejohanan. Sekurang-kurangnya mara ke pusingan suku akhir,” katanya ketika ditemui di Stadium Skuasy, Bukit Jalil.
Rancak melakukan latihan untuk menghadapi Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur Nicol David CIMB, Beng Hee menganggap peluangnya untuk tampil cemerlang pada tahun ini turut dibantu dengan keadaan fizikalnya yang kini sudah berada pada tahap terbaik.
“Tiada sebarang kecederaan dan itu sudah cukup baik untuk saya kembali pada prestasi seperti dulu. Saya juga semakin bersemangat untuk melakar kejayaan pada kejohanan yang akan datang,” ujar pemain yang berpangka- lan di Leeds, England itu.
Menyentuh mengenai Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur Nicol David CIMB yang akan memulakan saingan pada 26 hingga 31 Mac ini, Beng Hee menganggap perlawanan tersebut sentiasa mencabar.
“Bukan sahaja perlu menghadapi pemain handalan, terutamanya dari Mesir, bahkan keadaan dua gelanggang yang berbeza membuatkan saya perlu lebih bersedia dari aspek mental.
“Ini berikutan perbezaan yang amat ketara yang mana gelanggang di Bukit Jalil tidak dilengkapi pendingin hawa sebagaimana gelanggang di Berjaya Times Square.
“Jadi, saya perlu menggunakan pengalaman lalu untuk merangka strategi tertentu ketika bermain di dua gelanggang tersebut, katanya.
No comments:
Post a Comment