Tuesday, 27 March 2012

Terengganu Senarai 12 Perenang Hadapi Saingan Sukma 2012

KUALA TERENGGANU: Skuad renang Terengganu telah menyenaraikan 12 perenang termasuk lima wanita untuk menggalas cabaran ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Setiausaha Persatuan Renang Amator Terengganu (Prat), Yang Kong Lee berkata persatuan itu membentuk pasukan renang lebih awal dalam usaha memburu pingat tanpa warna di kejohanan dwitahun itu dalam acara tersebut.

"Kita membuat pemilihan perenang lebih awal supaya kita mudah mengatur persiapan dan latihan seterusnya menjelang Sukma," katanya.

Menurut Yang, atlet yang dipilih adalah berdasarkan prestasi masing-masingyang konsisten dalam latihan dan juga kejohanan yang disertai.

"Sebenarnya dalam skuad ini, kita ada tiga perenang lelaki yang pernahmewakili negeri Terengganu pada Sukma yang lepas dan yang lainnya merupakan mukabaru yang dilihat berpotensi meraih pingat.

"Namun kita akan dedahkan senarai nama atlet ini selepas kejohanan peringkatumur kebangsaan di Bukit Jalil minggu depan," katanya.

Beliau berkata Prat sudah mengatur satu kejohanan terdekat iaitu penyertaanatletnya ke Kejohanan Sport Excel di Melaka Mei ini bagi persediaan atletrenang meraih pengalaman di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Foo YockMeng dengan dibantu bekas jurulatih renang Terengganu, Ong See Meng.

Yang berkata Prat tidak meletakkan harapan dan sasaran pingat emas lagi memandangkan masih belum mengenal pasti kemampuan sebenar skuad renang Terengganu walaupun Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu telah meletakkan acara renang sebagai salah satu pasukan yang mempunyai harapan cerah memungut pingatdalam kejohanan Sukma edisi kali ini.

Pada Sukma 2008 di Terengganu, tuan rumah berjaya memperoleh tiga pingat emas melalui acara renang kuak dada namun gagal memperoleh sebarang pingat pada Sukma 2010 di Melaka.-BERNAMA

No comments: