Tuesday, 27 March 2012

UMT Bekerjasama Dengan KPT Anjur Kejohanan Skuasy Universiti Dunia 2016

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan hasrat institusi itu untuk menganjurkan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia pada 2016 terlaksana.

Naib Caunselor UMT Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata buat permulaan, pihaknya akan cuba mendapatkan dana daripada KPT untuk menaik taraf dua buah gelanggang skuasy sedia ada bernilai hampir RM1 juta di kampusnya di Kuala Terengganu.

"Kita telah dipilih oleh KPT untuk menjadi Pusat Sukan Tumpuan (PST) skuasy, jadi kita buat perancangan dengan jelas termasuk mendapatkan dana tambahan daripada KPT untuk menaik taraf kemudahan skuasy untuk memastikan kita berjaya menganjurkan kejohanan berkenaan.

"Selain itu, kita juga berharap KPT dapat memberikan dana untuk memperbanyakkan lagi gelanggang skuasy moden berbentuk kaca seperti yang ada di beberapa negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelantikan ratuskuasy negara Datuk Nicol Ann David selaku ikon skuasy Institusi PengajianTinggi (IPT) di sini, hari ini.

Dr Aziz turut berharap kejohanan yang bakal diadakan di kampusnya di Kuala Terengganu itu dapat dijadikan sebagai medan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam menggantikan pemain sedia ada seperti Nicol David.

"Kita berharap melalui kejohanan yang kita rancang ini mampu menghasilkankelahiran muka-muka baru dalam sukan skuasy di negara ini...mungkin untuk 10atau 15 tahun akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT Datuk Omar AbdulRahman berkata pihaknya bersedia menghulurkan bantuan yang bersesuaianuntuk IPT awam ataupun swasta yang berminat memajukan sukan skuasy di negaraini.

"Dari segi kemudahan, kita di IPT memang memberi sokongan untuk membangunkankemudahan sukan termasuk skuasy di negara kita.

"Oleh kerana Terengganu dipilih sebagai pusat tumpuan skuasy, kita akan melihat apa bantuan yang boleh kita sumbangkan untuk sama-sama menyokong pembangunan sukan skuasy di negara ini," katanya.-BERNAMA

No comments: