Tuesday, 10 April 2012

AirAsia menawarkan Lebih banyak ‘Fly-Thru’

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan lebih banyak penyambungan dan kemudahan antara China dan Indonesia melalui perkhidmatan ‘Fly-Thru’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, kemudahan itu bagi perkhidmatan terus dari Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Medan dan Surabaya ke bandar-bandar di China seperti Guangzhou, Shenzhen, Macau dan Hong Kong melalui hab AirAsia di Kuala Lumpur.

AirAsia berkata, penumpang juga dapat menikmati perkhidmatan dari Chennai (India) ke Singapura juga melalui Kuala Lumpur.

Syarikat turut menawarkan tambang termasuk semua bagi khidmat Fly-Thru dari serendah RM379 bagi tempahan mulai 9 hingga 29 April bagi tempoh perjalanan 1 Jun hingga 10 Ogos 2012.-Metro

No comments: