Sunday, 15 April 2012

Annuar Musa perlu RUJUK FAM DULU



MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) yang berpusat di Switzerland mungkin dilihat sebagai jalan terakhir buat Tan Sri Annuar Musa bagi membersihkan kembali imejnya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu harus mendapat ‘lampu hijau’ daripada ahli-ahli kongres badan induk tersebut jika mahu merujuk kes penggantungannya kepada CAS.

“Jika beliau (Annuar) mahu bawa kes itu ke CAS, ia adalah hak beliau. Namun, beliau perlu mendapat kebenaran daripada ahli-ahli kongres FAM kerana kes itu melibatkan disiplin dan perlembagaan,” jelas Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh kepada Kosmo! Ahad semalam.

Pada 4 April lalu, Jawatankuasa Disiplin FAM memutuskan bahawa Annuar digantung dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri kerana memberikan kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung badan induk itu.-Kosmo

No comments: