BALOTELLI dilayang kad merah oleh pengadil, Martin Atkinson.
Balotelli dilayangkan kad merah buat kali ketiga musim ini pada minit ke-89 ketika City tewas 1-0 kepada Arsenal kelmarin, sekali gus menyaksikan mereka tercicir lapan mata di belakang pendahulu Manchester United ketika saingan berbaki enam perlawanan, dan impian menjuarai kejuaraan EPL buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun makin terpadam.
Tetapi selepas perlawanan kelmarin, dia menegaskan pemain itu perlu mengubah caranya dan mengakui Balotelli, yang dilayangkan kad merah kerana mengasari Bacary Sagna, mungkin akan dijual hujung musim ini.
“Kami ada enam perlawanan lagi dan dia mungkin tidak beraksi dalam keenam-enam perlawanan itu,” kata Mancini merujuk kepada Balotelli, walaupun pegawai City berkata, dia menjangkakan FA akan mengambil tindakan tegas terhadap penyerang 21 tahun itu yang berdepan hukuman gantung minimum tiga perlawanan.
Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran betapa pemainnya perlu mengekalkan rentak apabila bertemu pasukan yang bergelut di zon penyingkiran Wolves, esok.
“Kami tahu ia adalah satu perlawanan yang berbeza. Mereka berusaha untuk mengelak daripada terjerumus ke Liga Kejuaraan, manakala kami perlu memastikan tempat ke saingan Liga Juara-Juara.” – AFP
No comments:
Post a Comment