
BUAT julung kalinya, haruman terbaru DKNY, Sweet Delicious diihamkan dari satu-satunya resipi kek cawan chef terkenal, Johnny Luzzini.
Apabila bercerita mengenai haruman sensasi, Luzzini bergandingan dengan DKNY Sweet Delicious untuk menghasilkan wangian yang manis dan segar.

Menurut Luzzini, penghasilan makanan dan wangian tiada bezanya.
"Deria rasa dan bau kita saling berkait rapat. Ketika saya mengkaji bau-bauan ini dan kunci ramuan seperti limau kumquat, kulit oren dan ros, saya pasti ia boleh menghasilkan haruman hebat," katanya.

Koleksi haruman tersebut didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Sweets Delicious Tart Key Lime, Sweet Delicious Pink Macaroon dan Sweet Delicious Creamy Meringue.
Ketiga-tiga koleksi tersebut boleh diperolehi dalam botol bersaiz 50ml pada harga RM150 setiap satu.
Ia boleh didapati di pasaran bermula 15 Mac ini.-mstar
No comments:
Post a Comment