Wednesday, 11 April 2012

Hutang Kerajaan Malaysia RM8b kepada Bank Dunia sudah dilunas

SHAH ALAM: Pentadbiran baik kerajaan Barisan Nasional (BN) dibuktikan dengan kejayaan negara membayar balik keseluruhan hutang kepada Bank Dunia berjumlah RM8 bilion.

Sehingga kini, hanya tinggal 10 peratus daripada hutang berjumlah RM4 bilion daripada Bank Pembangunan Asia perlu dibayar balik.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata pemimpin harus bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan negara dan tidak boleh berbelanja melebihi kemampuan.

Sehingga kini, hanya tinggal 10 peratus daripada hutang berjumlah RM4 bilion daripada Bank Pembangunan Asia perlu dibayar balik.
Katanya, jika tidak, negara akan muflis seperti Greece sehingga memberi kesan ekonomi kepada Kesatuan Eropah dan seluruh dunia.

“Jadi, amat mudah pembangkang membuat janji hanya untuk menipu dan mengelirukan pengundi tetapi mereka tidak mempunyai pelan kukuh membiayai semua perancangan selain mengambil wang daripada PETRONAS.

“Jika ini dilaksanakan, negara mungkin terpaksa merayu bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti dilakukan bekas Timbalan Perdana Menteri pada 1998,” katanya ketika merasmikan Hari Kecemerlangan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Mukhriz berkata, akauntan boleh membantu kerajaan memerangi gejala rasuah di negara ini, dengan menggunakan kemahiran mereka mengesan kejanggalan dalam akaun diperiksa.

“Banyak organisasi dan syarikat di negara ini sudah menandatangani kerjasama integriti korporat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terkini adalah Felda Golden Ventures (FGV) dan FELDA,” katanya.

Beliau berkata, ketika graduan dalam bidang perakaunan mengejar kejayaan, mereka juga perlu bersikap jujur selain mempunyai integriti kerana ia kualiti yang tidak akan lapuk. -Berita Harian

No comments: