KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu dan pasukan berstatus kelab, T-Team yang mempamerkan aksi longlai sejak akhir-akhir ini digesa melakukan perubahan drastik dan tidak terlalu bergantung kepadapemain utama.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kedua-dua pasukan itu kerap menonjolkan aksi kurang memberangsangkan setiap kali pemain utama mengalami kecederaan.
"Ini yang menyebabkan permainan atau persembahan mereka seringkali tidakmenentu dan mantap kerana terlalu bergantung kepada pemain-pemain utama," katanya.
Ahmad berkata kedua-dua pasukan itu perlu berani membuat perubahan dengan lebih kerap menurunkan pemain simpanan bagi mengatasi masalah itu.
"Kadang-kadang pemain simpanan itu lebih baik daripada pemain utama,"katanya.
Beliau berkata sejak dahulu lagi pengurusan pasukan Terengganu dan T-Team diingat supaya mencari pemain terbaik bagi mengelak perkara seumpama itu berlaku.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment