KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui sistem e-filing berikutan cadangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui e-filing," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ketua Pengarah LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar baru-baru ini telah mencadangkan usul kepada kementerian untuk mewajibkan pembayaran cukai melalui sistem e-filing. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment