PEMAIN Harimau Muda, Ahmad Hazwan (tengah) membuat percubaan ke arah gawang Balestier Khalsa FC dalam perlawanan Liga-S di Stadium Toa Payoh, kelmarin.
Pengendali skuad muda negara itu jelas kecewa selepas barisan pertahanan mudah leka mengakibatkan pasukan lawan bijak ambil kesempatan mencipta dua gol ketika penguasaan keseluruhan perlawanan jelas milik Harimau Muda yang begitu rakus mengasak ke kubu anak didik Darren Stewatr tetapi buntu menjaringkan gol.
“Saya akan kaji semula di mana silapnya dan harus perbaiki segera dan apa yang saya boleh katakan adalah perlawanan menentang Balestier Khalsa FC antara aksi terburuk pemain malah mereka harus bangkit dan kembali mempamer aksi lebih meyakinkan,” katanya.
Teguran Kim Swee itu ada asasnya selepas benteng pertahanan diterajui Amer Saidin dan Shahrul Saad yang menggantikan tempat Fadhli Shas yang digantung satu perlawanan tampak gugup dan tidak dapat beraksi dengan konsisten.
“Empat pemain - Fadhi Shas, - Mahali Jusali, Ahmad Hazwan Bakr dan -Wan Zack Haikal Wan Nor akan bersama skuad senior pada perlawanan menentang Sri Lanka, Sabtu ini manakala aksi Harimau Muda menentang Huogang United FC, sehari sebelum. Jadi semestinya saya tidak dapat menggunakan khidmat mereka.”
No comments:
Post a Comment