KOTA BHARU - AhliParlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui UMNO Kelantan yang dilihat berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri itu terhadap UMNO.
Beliau berkata, Mustapa begitu komited dalam usahanya memenangi hati rakyat untuk kembali menyokong perjuangan UMNO.
"Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja tetapi ini kerja berpasukan, semua kena bekerjasama.
"Pilihan raya kali ini adalah sangat sengit dan peluang UMNO Kelantan tetap ada," katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat negeri di sini malam kelmarin.
No comments:
Post a Comment