LANGKAWI — Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) semalam menghentikan serta merta semua aktiviti dan latihan membabitkan 40 pelayarnya di sini dan di beberapa tempat lain berikutan gempa bumi kuat melanda Acheh, Indonesia.
Naib Presiden MYA, Datuk Mansor Ismail berkata, latihan dihentikan sebagai langkah untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku ke atas atlet MYA.
Laihan akan disambung semula apabila keadaan disahkan pulih seperti sediakala, katanya kepada ketika dihubungi pemberita.
Mansor berkata, pelayar skuad elit, skuad kebangsaan dan pelayar negeri Kedah sedang giat menjalani latihan di Kompleks Latihan MYA di sini sebagai persedaiaan menghadapi beberapa kejohanan sepanjang tahun ini. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment