MARCHISIO (kanan) anggap kejuaraan Liga Itali jika Juve kekal tanpa kalah.
MARCHISIO (kanan) anggap kejuaraan Liga Itali jika Juve kekal tanpa kalah.
ROME: Claudio Marchisio menetapkan sasaran untuk menamatkan saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah bersama Juventus, tetapi bukan sekadar memenangi kejuaraan Serie A.
Juve tidak pernah kalah dalam 36 perlawanan liga setakat ini dan layak ke final Piala Itali serta mendahului perlumbaan merebut kejuaraan dengan kelebihan satu mata di depan AC Milan.
Mereka mempunyai baki enam perlawanan sebelum beraksi dalam final Piala Itali menentang Napoli.
Marchisio berharap kelab jolokan Old Lady of Turin itu dapat menamatkan kempen tanpa kekalahan, yang disifatkannya kejuaraan sebenar.
“Belum tamat lagi. Kami perlu mengekalkan konsistensi seperti yang kami lakukan setakat ini, tetapi kami juga memerlukan sedikit tuah. Kami benar-benar mahu mengekalkan rekod tanpa kalah tetapi ia hanya akan dikira jika kami menang di akhir saingan.”
AC Milan memegang rekod tanpa kalah paling lama di Itali dengan 42 perlawanan pada April 1992 hingga Mac 1993. – AFP
No comments:
Post a Comment