Tuesday, 10 April 2012

Pasar awam Somalia meletup, 11 maut 35 cedera

MOGADISHU: Sebutir bom meletup di pasar sibuk di Somalia, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan kira-kira 35 lagi cedera, kata seorang pegawai.

Pegawai tempatan, Mohamed Ibrahim Habsade, berkata kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan yang berlaku di pekan Baidoa itu adalah kanak-kanak dan wanita.

Saksi kejadian berkata, bom itu diletupkan selepas askar kerajaan Somalia memasuki pasar tersebut, namun kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah orang awam. - AFP

No comments: