Tuesday, 10 April 2012

Pembaca berita dibaling telur dan yogurt ketika bersiaran

GREEK - Seorang penunjuk perasaan nekad menyerbu masuk ke studio sebelum melempar telur dan yogurt ke arah pengacara televisyen, Panagiotis Bourchas ketika siaran langsung sebuah program bual bicara.

Adegan yang disangka sebahagian daripada babak program itu bertukar kecoh apabila siaran terhenti dan penyerang itu akhirnya ditangkap kerana kesalahan menceroboh sehingga menimbulkan kekecohan pada kejadian Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Bourchas menemuramah seorang jurucakap dari sebuah parti politik sayap kanan neo-Nazi yang mengamalkan pemerintahan diktator dan dari fahaman anti-Fasis.-Sinar Harian

No comments: