LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron akan memulakan lawatan rasmi beliau ke Jepun dan Asia Tenggara bermula esok, kata pejabat Downing Street dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pemimpin itu, keterangan lanjut mengenai lawatan berkenaan masih belum dimaklumkan namun kedutaaan Britain di laman web Jepun berkata, Cameron akan mengadakan lawatan selama dua hari ke negara itu.
Semasa di negara matahari terbit itu, Perdana Menteri Britain akan mengadakan pertemuan dengan Maharaja Jepun dan bertemu dengan rakan sejawatnya, Yoshihiko Noda.
“Cameron juga dijangka bertemu pemimpin ekonomi negara itu dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dengan dasar perkongsian rapat dua hala dan mencari pelabur utama,” kata kenyataan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment