Thursday 10 May 2012

Lelaki kedua dakwa dicabul Travolta

LOS ANGELES: Seorang lagi tukang urut tampil mengemukakan tuntutan saman bernilai AS$2 juta (RM6 juta) ke atas John Travolta, semalam.

Menurut lelaki itu, aktor terbabit melakukan serangan seksual dalam dua kejadian berasingan ketika dia memberikan perkhidmatan kepadanya.


Dakwaan itu terkandung dalam dokumen mahkamah difailkan semalam.

Lelaki kedua - yang tidak didedahkan identitinya itu - hanya dirujuk sebagai John Doe No 2 dan menetap di Georgia. Menurutnya, Travolta meraba kakinya, menyentuh kemaluan dan cuba memulakan aksi seks dalam temu janji di bilik hotel disewa aktor terbabit di Atlanta pada 28 Januari lalu. Dakwaan itu selari dengan kenyataan John Doe No 1, seorang tukang urut di Texas, yang memfailkan aduan awal pada minggu lalu.


Kata lelaki terbabit, Travolta melakukan serangan seksual ketika dia mengurutnya di Hotel Beverly Hills pada 16 Januari.


Peguam Travolta, Martin Singer, berkata dakwaan kedua itu sama mengelirukan dan mengarut seperti tuduhan pertama.

“Pelanggan kami akan membuktikan dia tidak bersalah di mahkamah,” katanya.


Jurucakap Travolta pula menganggap saman itu “rekaan semata-mata.” Sementara itu, peguam plaintif, Okorie Okorocha, berkata sejak aduan awal difailkan minggu lalu, dia dihubungi ramai individu yang mengadu berdepan masalah sama.

“Saya akan failkan aduan bagi setiap mangsa.


“Travolta sebelum ini berjaya mengelak diadili dan dia akan mencabar saya, tetapi saya tak gentar dan akan menghadapinya,” katanya.


Menurut Okorcha, kes itu tidak dirujuk kepada polis kerana mereka tidak yakin pihak berkuasa itu akan mempercayainya.


Nama Travolta, 58, menjulang pada 1970-an melalui siri komedi Welcome Back Kotter sebelum muncul dalam pelbagai filem, termasuk Saturday Night Fever, Grease dan Pulp Fiction. - Reuters

No comments: