Saturday, 4 February 2012

City miliki kekuatan mental: Kompany

MANCHESTER: Vincent Kompany menegaskan Manchester City memiliki kekuatan mental untuk memenangi gelaran Liga Perdana.

Skuad berbelanja besar Roberto Mancini kini berkongsi mata di puncak Liga Perdana bersama Manchester United selepas hanya memenangi tiga daripada enam perlawanan mereka.


City kekal di tangga teratas dengan kelebihan jaringan gol berbanding United.

Mereka berpeluang untuk memberi tekanan kepada pasukan jirannya itu. United bakal berdepan cabaran getir menentang pasukan di tangga keempat Chelsea esok dengan ketinggalan tiga mata di belakang sekiranya City boleh menewaskan pasukan di pertengahan liga, Fulham di gelanggang sendiri awal pagi esok.


“Saya tahu pasukan kami mempunyai kekuatan mental,” kata kapten City, Kompany.


“Kami sudah biasa dengan tekanan ini untuk tempoh lebih tiga tahun lalu dan ia tidak memberi kesan kepada kami.

Click Here

“Jika ada sekalipun ia hanya akan meningkatkan semangat kami dan sekiranya ada pihak yang memperlekehkan kami, kami tidak kisah.” - AFP

No comments: