LONDON: Ketua Liga Perdana bersetuju untuk menukar jadual perlawanan minggu terakhir musim ini bagi mengelakkan pertembungan final Piala FA pada Mei.
Musim lalu, jadual perlawanan terjejas kerana final Liga Juara-Juara diadakan di Stadium Wembley menyebabkan final Piala FA diadakan serentak dengan perlawanan Liga Perdana sekali gus menenggelamkan prestij pertandingan dalam kalendar bola sepak Inggeris itu.
Senario yang sama dijangka akan terjadi tahun ini dengan jadual perlawanan padat menjelang pusingan akhir Euro 2012.
Bagaimanapun kelab Liga Perdana bersetuju untuk mengadakan semua perlawanan pusingan terakhir pada Ahad 6 Mei, sehari selepas final Piala FA di Wembley.
“Kami sedar adalah tidak bagus untuk mana-mana perlawanan bertembung dengan Piala FA,” kata pengarah komunikasi Liga Perdana, Dan Johnson.
Sementara itu pegawai Liga Perdana mengesahkan saingan liga musim depan akan bermula pada 18 Ogos, enam hari selepas Olimpik London berakhir. - AFP
No comments:
Post a Comment