Saturday, 4 February 2012

ISU membabitkan atlet yang melarikan diri daripada ujian doping ke Bulgaria

SU membabitkan atlet yang melarikan diri daripada ujian doping ke Bulgaria Mei tahun lalu, kini kembali hangat apabila bekas ketua jurulatih negara, Harun Rasheed, mendedahkan bukan beliau yang menjadi dalang kepada isu itu.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu berpunca daripada Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang mengeluarkan arahan kepada atlet untuk tidak menghadiri ujian itu.


Beliau mengakui menerima surat daripada Majlis Sukan Negara (MSN) Mei lalu untuk mengarahkan enam atlet pecut terdiri lima pelari kuartet wanita 4x100 meter Nurul Sarah Abd Kadir, Siti Fatimah Mohamad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Li Leng dan Norjannah Hafizah Jamaluddin serta Mohd Noor Imran A Hadi menghadiri ujian doping di Institut Sukan Negara (ISN).

“Saya terima surat daripada MSN dan perkara itu dirujuk kepada Karim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Kejurulatihan Olahraga. Dia adalah bos saya ketika itu. Jadi semua perkara perlu dimaklumkan kepadanya.


“Karim mengeluarkan arahan kepada atlet untuk tidak menjalani ujian itu dan mengarahkan semua enam atlit itu untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Serdang.


“Karim mengarahkan semua atlet untuk bersiap sedia ke Bulgaria pada keesokan harinya yang mana hanya tiga atlet, Sarah, Jannah dan Imran manakala bersetuju manakala tiga lagi, Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Li Leng tidak mahu ke Bulgaria dan ketika itu saya juga tidak ke Bulgaria kerana menguruskan majlis perkahwinan anak saya,” katanya. Harun mengeluarkan kenyataan itu selepas dijatuhkan hukuman penggantungan oleh KOM kerana disabitkan kesalahan menjadi punca atlit melarikan diri ke Bulgaria sekali gus mengingkari arahan menjalankan ujian doping.

Click Here

Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan perkara itu selepas mesyuarat ahli majlis KOM yang berlangsung, kelmarin.


Hukuman itu bermakna Harun tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam KOM sepanjang tempoh penggantungan.

Shahidan bagaimanapun tidak memaklumkan tempoh penggantungan itu dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bersama MSN 13 Februari ini.


“Saya tidak takut kerana saya berada di pihak yang benar dan saya yakin sekiranya atlit saya dipanggil saya yakin mereka akan turut memberi tahu perkara sebenar,” katanya. Harun berkata, ketika di Bulgaria semua urusan latihan diuruskan oleh seorang jurulatih yang dikenali sebagai Vasco dan jurulatih itu juga mengendalikan latihan atlet ketika di Miri, Sarawak dan Brunei.

No comments: