SINGAPURA: Australia mengakui perlawanan menentang Uzbekistan minggu ini adalah penentuan ‘hidup atau mati’ mereka dalam memburu tiket ke Sukan Olimpik.
Australia yang turut membawa chef sendiri ketika bertemu pasukan yang mengungguli ranking ketika ini, menderita di tangga ketiga Kumpulan B selepas gagal menjaringkan walau satu gol dalam tiga perlawanan setakat ini.
Namun ‘Olyroos’ yang ketinggalan dua mata di belakang Uzbekistan, yang mengumpul lima mata, masih enggan menyerah kalah. Pasukan di tangga kedua, Iraq yang meraih empat mata akan bertemu Emiriah Arab Bersatu di Doha.
Jurulatih, Aurelio Vidmar berkata, perlawanan itu menjadi medan berjuang habis-habisan buat Australia sebelum bersaing pada perlawanan seterusnya, 21 dan 22 Februari ini.
Pasukan yang menduduki tempat teratas dalam tiga kumpulan ini akan diberi tiket automatik ke London 2012, sementara tempat kedua akan bermain dalam pusingan round robin di Vietnam untuk layak ke penentuan play-off menentang pasukan Afrika.
“Dua perlawanan ini adalah penentuan hidup dan mati pasukan. Pastinya, ia bakal menjadi perlawanan sukar kerana Uzbekistan bukan lawan yang mudah.
Click Here
“Namun, saya optimis pasukan mampu mengalahkan lawan,” kata Vidmar.
Menurutnya, selepas Liga Juara-Juara AFC, Australia beraksi dengan berbekalkan chef sendiri bagi mengelakkan sebarang masalah.
“Berbekalkan sejarah lampau di sini, kami enggan pemain jatuh sakit. Ketika bermain di Liga Juara-Juara kami membawa chef dari Adelaide, maka kami akan membawanya sekali lagi,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment