Saturday, 4 February 2012

Piala Negara-Negara Afrika 2012 | Zambia mahu tamat badi

BATA (Equatorial Guinea): Kemenangan ke atas Sudan bakal melayakkan Zambia ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.

Jurulatih dari Perancis, Herve Renard yang diberi tugas buat kali kedua mengendalikan skuad kebangsaan Oktober lalu meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke kelompok empat pasukan terakhir.


Zambia dikejutkan Tunisia pada separuh akhir 1996 di Afrika Selatan dan terkeluar seawal pusingan pertama lima kali berturut-turut sebelum Renard berjaya membawa pasukan itu ke separuh akhir, dua tahun lalu.

Mereka memulakan aksi cukup hebat pada kejohanan dwitahunan itu menerusi Emmanuel Mayuka dan Rainford Kalaba yang menjaringkan gol pada 20 minit pertama untuk melakar kejutan menewaskan Senegal 2-1.


Mereka terpaksa bermandi lumpur dalam keadaan hujan lebat ketika bertemu Libya di Bata namun pemain Zambia pantas menyesuaikan diri dengan keadaan untuk mempamerkan daya tahan menarik apabila dua kali bangkit untuk berkongsi mata.


Kemenangan mengatasi tuan rumah bersama, Equatorial Guinea pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, membolehkan pasukan itu mengelak pertemuan menentang pasukan pilihan, Ivory Coast dan berterima kasih kepada gol hasil sepakan kapten, Christopher Katongo. - AFP

No comments: