Saturday, 4 February 2012

Pemain veteran senjata Mali

LIBREVILLE (Gabon): Mali banyak terhutang budi kepada orang lama, Cedric Kante dan Seydou Keita pada Piala Negara-Negara Afrika kali ini.

“Bersama Cedric kami adalah dua pemain veteran dalam pasukan, selainnya adalah pemain muda,” akui Keita, yang sama usia dengan Kante, 32 tahun.


Mali akan berdepan tuan rumah bersama Gabon pada suku akhir awal pagi Isnin ini selepas muncul naib juara Kumpulan D menerusi kemenangan 2-1 ke atas Botswana, Rabu lalu.

Di sebalik meraih banyak pingat kejuaraan di peringkat kelab, Keita kelihatan amat teruja selepas pasukannya memastikan kemaraan ke peringkat kalah mati.


Keita, yang bersaing dalam Piala Negara-Negara Afrika buat kali kelima, sudah memenangi Liga Juara-Juara, Piala Sepanyol, Piala Perancis dan Piala Kelab Dunia.


Kini dia mahu mengintai peluangnya dengan menambah kejuaraan di peringkat antarabangsa.

Click Here

“Negara anda sesuatu yang berbeza, saya tidak pernah berasa seperti Barcelona, Sevilla atau Lens. Ia tidak boleh dibandingkan.


“Saya sudah memenangi segala-galanya, saya juga kalah segala-galanya... namun saya amat tertekan (Rabu lalu).

“Saya tidak dapat menjelaskan apa yang saya rasa selepas perlawanan itu.” - AFP

No comments: