PARIS: Maria Sharapova mengintai peluang untuk mengemudi Russia bagi perlawanan pembukaan Kumpulan Dunia Piala Fed menentang Sepanyol minggu ini selepas sekadar muncul naib juara Terbuka Australia, baru-baru ini.
Kapten Russia, Shamil Tarpischev dalam dilema memilih pemain bagi perlawanan dalam dewan di Stadium Olimpik Moscow dan memberikan Maria, pemain nombor tiga dunia bagi tugasan perseorangan di samping pemain ranking ke-19, Svetlana Kuznetsova.
Maria bertindak cemerlang untuk layak ke final Grand Slam pertama musim ini di Melbourne sebelum dibelasah dalam straight set di tangan Victoria Azarenka dari Belarus.
“Saya baru sampai di Moscow dari Australia dan saya masih terkejut dengan penurunan suhu (daripada 30 Selsius kepada -20). Tapi saya masih ada masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini,” kata pemain yang berpangkalan di Florida itu.
“Saya percaya kali ini saya mampu bermain dengan lebih baik berbanding penampilan terdahulu pada Piala Fed menentang Perancis tahun lalu. Saya akan cuba memberikan yang terbaik menentang Sepanyol di depan penyokong kami sendiri dalam satu kejohanan yang amat penting.” Kecundang 2-3 di tangan Republik Czech pada final tahun lalu di stadium sama, pasukan Russia mengintai peluang memenangi perlawanan pembukaan dengan pasukan yang turut diwakili Nadia Petrova, ranking ke-33 dan pemain ranking ke-42, Ekaterina Makarova.
Legenda Sepanyol, Arantxa Sanchez-Vicario mengemudi buat kali pertama sebagai kapten pasukan juara lima kali itu bagi pasukan yang hadir tanpa Anabel Medina Garrigues.
Click Here
Pemain di ranking ke-39, Maria Jose Martinez Sanchez adalah pemain terbaik Sepanyol, dalam pasukan yang turut diwakili Carla Suarez Navarro, Arantxa Parra-Santonja dan Nuria Llagostera Vives.
“Ia penampilan pertama saya sebagai kapten Sepanyol dan saya bangga kerana mengemudi sebuah pasukan hebat,” kata Arantxa, yang memegang rekod kemenangan paling banyak dalam Piala Fed.
“Russia jelas pilihan utama tapi kami bersedia untuk berjuang hingga penamat. Kami menyasarkan tempat di final tahun ini.” Russia mengungguli rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan dengan 5-1, dengan satu-satunya kemenangan Sepanyol dicatat pada 1989. - AFP
No comments:
Post a Comment