JESSICA Korda tahu di mana mahu mencari nasihat berprofil tinggi dan ia berbaloi buat pemenang pertama musim LPGA 2012.
Beberapa minggu sebelum memenangi Terbuka Australia awal Februari, bapa Jessica, bekas pemain tenis profesional, Petr Korda membawa Jessica bertemu Jack Nicklaus untuk mendapatkan nasihat memper�baiki permainannya.
Pemenang 18 kejohanan major, Nicklaus mengalu-alukan ketibaan Jessica ke The Bear’s Club di Jupiter, Florida yang juga lapangan golf di rumahnya.
Mereka disambut Betsy Nagelsen McCormack, bekas pemain tenis profesional dan balu kepada pengasas IMG, Mark McCormack, ejen Nicklaus sejak sekian lama.
Situasinya sama seperti ketika Charl Schwartzel mendapatkan pandangan daripada Nicklaus sebelum menjuarai AS Masters 2011 dan ketika Rory McIlroy berbual dengan Nicklaus sebelum menakluki Terbuka AS 2011.
“Perkara yang ingin saya tumpukan kepada pemain muda ini adalah setiap orang bertindak sebagai individu dan melakukannya dengan cara yang berbeza,” kata Nicklaus, Februari lalu.
“Anda perlu belajar bagaimana untuk melakukannya dengan cara sendiri dan bagaimana mengawalnya. Bagaimana anda memikirkannya ketika sedang bermain, bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.
“Nama siapa yang berada di papan markah, itu juga tidak perlu anda risaukan.
Fikirlah mengenai diri sendiri, seorang yang mampu anda kawal. Jadi saya perlu memahami apa yang difikirkan mereka,” katanya.
Jessica memberi respons positif berhubung maklumat itu. Dia mendahului pusingan ketiga di Royal Melbourne, ketinggalan pada pusingan akhir dan kemudian bangkit untuk menyertai playoff enam penjuru.
Dia memenangi kejohanan pembuka tirai LPGA dengan putt sejauh 25 kaki pada lubang playoff kedua dan muncul sebagai pemain dengan pukulan tee paling jauh dalam kejohanan itu, dengan purata 274 ela (ketika ini berkongsi tempat ketujuh dalam LPGA).
Pada usia 18 tahun, Jessica menjadi pemenang keempat termuda dalam acara Jelajah LPGA.
Jessica kembali ke Bradenton, Florida selepas kemenangan itu dan turut melalui pengalaman menarik. Dia digandingkan dengan Pemain Dewan Kemasyhuran Dunia,Tony Jacklin dalam satu pertandingan di Bradenton pada 27 Februari, ulang tahunnya ke-19.
Dia kemudiannya melawat Nicklaus buat kali kedua pada 1 Mac lalu bersama adiknya Nelly, 13, yang turut bermain sembilan lubang bersama Nicklaus di The Bear’s Club.
“Mereka adalah dua pemain berbakat,” kata Nick�laus mengenai dua beradik itu.
“Mereka berdua adalah pemain muda yang ingin belajar dan saya gembira dapat membantu mereka.”
Jessica dijadualkan menyertai kejohanan kedua musim ini iaitu kejohanan Klasik Kia di La Costa Resort dekat Carlsbad, California, 22 hingga 25 Mac ini.
“Apa yang saya beritahu mereka?” kata Nicklaus. “Mungkin lebih baik jika saya menuliskannya. Saya tidak terfikir mampu jadi jurulatih psikologi.”-Metro
No comments:
Post a Comment