PELARI pecut Jamaica, Usain Bolt berharap sokongan rakan senegaranya di London mampu membantunya meraih pencapaian cemerlang di Sukan Olimpik, mengulangi tiga pingat emas yang dibawa pulang dari Beijing empat tahun lalu.
Dengan baki kurang dari lima bulan untuk Bolt mempertahankan kejuaraan dalam acara 100, 200 dan 4x100m, atlet berusia 25 tahun itu tetap tenang dan mengharap�kan rakan senegaranya mampu memberi semangat untuknya menjulang kejayaan.
“Saya menunggu empat tahun untuk kehadiran musim panas ini dan berharap dapat menikmati setiap detik dan memberikan persembahan terbaik untuk penonton seluruh dunia,” katanya.
“Sukan Olimpik adalah sesuatu yang hebat bagi saya dan saya tidak sabar menantikannya. Ia akan menjadi lebih penting kepada saya berbanding orang lain kerana ramai rakyat Jamaica yang tinggal di London.
“Saya tahu pastinya mereka tidak sabar menantikannya jadi saya akan memberikan persembahan terbaik.”
Lebih sejuta orang memohon untuk membeli tiket untuk final acara 100m di Stadium Olimpik, 5 Ogos ini.
Bolt juga menjadi peserta pilihan untuk final acara 200m pada 9 Ogos ini dan 4x100m pada 11 Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik London (LOCOG), Sebastian Coe, beru-baru ini memberitahu beliau percaya Bolt mampu mencatat 9.4s.
“Ia sesuatu yang sedap didengar tetapi bagi saya apabila ia membabitkan rekod, segala-galanya mungkin,” kata Bolt.
“Saya berlatih setiap hari, bekerja keras dalam setiap sesi, terus memberikan tumpuan dan melakukan yang terbaik. Tiada siapa yang tahu apa bakal berlaku.
“Jurulatih saya (Glen Mills) sentiasa memberikan tugasan untuk dilakukan jadi saya perlu perbaiki apa yang dilakukan dan ia menjadikan saya lebih baik setiap hari.
“Setiap Isnin, beliau memberikan satu latihan yang perlu diberi tumpuan. Saya bertuah kerana mempunyai jurulatih terbaik.
“Saya harap ia akan membantu saya musim panas ini dan saya boleh memberikan yang terbaik. Ada yang tidak menyedarinya tetapi saya berlatih dengan serius dan bersungguh-sungguh kerana saya mahu menjadi legenda.”
Penyertaan Bolt dalam final acara 100m di Kejohanan Dunia 2011, Daegu, Korea Selatan dibatalkan kerana ‘false start’ dan kemenangan berpihak kepada teman latihannya, Yohan Blake yang membawa pulang emas.
Biarpun prestasi jaguh Jamaica itu sedikit terjejas, dia kini kembali mencapai prestasi terbaik.
“Bagi saya keyakinan bergantung kepada bagaimana untuk terus mengekalkan prestasi.”
“Jika prestasi saya baik, keyakinan saya pasti tinggi, saya berasa di tahap terbaik dan tidak perlu bimbang,” katanya.
“Itulah ketikanya anda melihat saya menari dan berseronok tetapi jika prestasi saya kurang baik, saya tidak berasa seronok dan begitu bimbang.
“Saya tidak berasa di tahap terbaik hampir sepanjang tahun lalu tetapi berbeza keada�annya musim ini dan selagi saya berada di tahap terbaik, semuanya akan baik.
“Saya mendapati prestasi saya semakin meningkat dan semakin baik dan semua itu mem�bantu anda. Anda sedar, anda berada di landasan tepat dan ia sesuatu yang baik.”
Pelari Jamaica itu baru-baru ini berlakon dalam iklan televisyen di mana dia berlari di sekitar jalanan London dan mengharap seluruh bandar raya itu menyokongnya sekali lagi sewaktu temasya sukan itu.
“Saya dikenali di London jadi saya mengharapkan so�kongan hebat di sana dan tidak sabar menghiburkan penyokong di sana tetapi sebenarnya saya lebih dikenali di Asia. Saya fikir, mana-mana atlet yang datang ke sana akan diserbu.
“Ia sama dengan sambutan rakyat Jamaica di London tetapi jika saya meraih banyak perhatian, sudah tentu saya gembira.”-Metro
No comments:
Post a Comment