LISBON: Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo sibuk mencongak strategi menjelang pertemuan The Blues dengan Benfica dalam usaha memburu tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara esok.
Skuad bimbingan Di Matteo itu beraksi pada saingan suku akhir di Stadium of Light dengan harapan mendapat bantuan pemain pertahanan David Luiz dan pemain tengah Ramires yang pernah beraksi dengan Benfica sebelum ke Chelsea.
“Mereka tidak sabar kembali ke sana. Mereka arif suasana stadium dan mengenali pasukan lawan,” kata Di Matteo.
“Saya masih ingat situasi sebegitu ketika menentang Lazio. Anda boleh berikan sebanyak mungkin maklumat mengenai bekas rakan sepasukan.
“Saya mengenali Benfica. Saya kerap menyaksikan mereka dan ada banyak maklumat berharga.” Di Matteo bagaimanapun enggan mengulas sama ada meminta pendapat bekas pengurus, Andre Villas-Boas. “Biarlah ia menjadi rahsia dan sulit,” kata Di Matteo.
Chelsea yang kini dalam usaha memastikan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan sekadar seri dengan Tottenham, keputusan yang menyaksikan mereka kini lima mata di belakang Spurs yang menduduki tempat keempat EPL.
Click Here
Jika mengatasi Benfica, Barcelona atau AC Milan bakal menjadi lawan di separuh akhir dan banyak pihak menjangkakan mereka akan layak ke kempen Liga Juara-Juara 2012-2013 dengan menjuarai edisi kali ini.
Masa depan Chelsea bergantung kepada kejayaan merebut tiket itu. Andai gagal ke Liga Juara-Juara musim depan mereka hilang RM180.673 juta (�37 juta) sekali gus menyebabkan Blues sukar memenuhi kriteria ditetapkan peraturan Kewangan Fair Play Uefa yang diperkenal pada 2013 ke atas setiap kelab pada musim ini dan seterusnya.
Namun Di Matteo menegaskan, pemainnya hanya ingin menidakkan semua kritikan yang dilemparkan terhadap mereka, seperti yang mereka lakukan apabila menumpaskan Napoli, 4-1 bulan lalu biarpun tewas perlawanan pertama dengan defisit dua gol untuk melangkah ke suku akhir.
“Kami berusaha keras membuktikan setiap pandangan negatif terhadap kami silap. Pengalaman pemain membantu merubah nasib kami. Jika pernah bermain dengan cara tertentu untuk tempoh tertentu, lebih mudah untuk kami mencongak nasib,” ,” kata Di Matteo yang dijangka menggunakan khidmat pemain veteran sekali lagi dan tidak rela gawangnya dibolosi pada perlawanan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment