Tuesday, 27 March 2012

Magpies rapat jurang mata

WEST BROMWICH: Newcastle United merapatkan jurang kepada hanya lima mata untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara selepas menewaskan West Bromwich Albion, 3-1 di Hawthorns, kelmarin.

Perlawanan itu bagaimanapun umpama sudah berakhir di babak pertama apabila Magpies mendahului 3-0 hasil dua gol Papiss Cisse dan jaringan sumbangan Hatem Ben Arfa.


Tindakan West Brom memasukkan Shane Long berjaya mengurangkan defisit apabila penyerang muda itu mengambil kesempatan terhadap kesialapan yang dilakukan pertahan Magpies untuk menjaringkan gol pada minit ke-52, namun ia tidak cukup untuk menyelamatkan Baggies daripada menerima kekalahan kesembilan di tempat sendiri.

Kemenangan itu meletakkan Newcastle di tangga keenam Liga Perdana, berkongsi dan menyamai mata dengan penghuni kelima, Chelsea yang memiliki perbezaan jaringan lebih besar.


Kedua-dua kelab kini hanya lima mata di belakang Tottenham Hotspur yang menghuni tangga keempat dan berada di slot keempat Liga Juara-Juara yang ditawarkan kepada kelab Liga Perdana Inggeris dengan baki lapan perlawanan. - AFP

No comments: