ABOU Diaby berkata dia bekerja keras sejak setahun lalu untuk kecergasannya dan kini hanya mahu memberi tumpuan terhadap masa depan.
Pemain Perancis itu dibelenggu kecederaan dan hanya dapat bertahan selama 28 minit untuk kemunculan semula menentang Liverpool awal bulan ini sebelum berdepan masalah kecederaan hamstring.
Bagaimanapun pemain tengah itu menjaringkan gol bersama skuad simpanan dalam sesi latihan dan menganggap sudah menghampiri prestasi kemuncaknya.
“Saya gembira dapat kembali, banyak yang sudah saya lakukan bersama kakitangan perubatan untuk kembali beraksi,” katanya.
“Saya rasa hebat dan berharap keadaan ini akan berterusan. Berdepan kecederaan seperti ini memang mengecewakan kerana saya tidak dapat bermain, tidak dapat berlatih, saya hanya ber-latih sendirian di gimnasium selain mendapatkan rawatan.
“Saya mengalami banyak kecederaan dan sukar untuk menerimanya kerana anda
perlu membuktikan kemampuan anda di padang. Saya hanya mahu bermain bola sepak dan kini memandangkan segala-galanya semakin baik, jadi saya tidak sabar untuk menanti peluang itu.”
Diaby mengakui sukar untuk menempatkan dirinya dalam barisan pemain tengah Arsenal yang mantap tetapi yakin mampu melakukannya.
“Kami mempunyai ramai pemain tengah yang hebat di kelab ini dan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Ia sesuatu yang hebat buat mereka secara peribadi dan juga untuk pasukan.
“Saya masih perlu bermain beberapa perlawanan dan berusaha untuk kembali bersama pasukan tetapi saya rasa kini semakin menghampiri tahap kecergasan sepenuhnya.
“Sudah tentu saya rasa perlu untuk menebus masa yang berlalu, memandangkan kini saya sudah kembali. Saya hanya perlu bekerja keras,” katanya.
Diaby ternyata kagum dengan semangat yang ditunjukkan pasukan untuk menang enam perlawanan berturut-turut dan percaya semua itu menunjukkan masa depan yang cerah.
“Saya yakin kami mampu menamatkan musim ini dengan penuh ber-gaya,” katanya.
“Dalam beberapa perlawanan terakhir, kami menunjukkan karakter sebenar pasukan
dan bermain dengan baik jadi kami perlu meneruskannya dan keputusan yang baik akan menyusul.”
No comments:
Post a Comment