MADRID - Malaga mencerahkan peluang ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Espanyol 2-1 kelmarin untuk berkongsi mata dengan pasukan tangga ketiga, Valencia.
Selepas ketinggalan pada minit ke-24 hasil jaringan Philippe Coutinho, kelab yang dimiliki oleh syarikat dari Qatar itu menyamai kedudukan menerusi sepakan percuma bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy pada minit ke-75.
Malaga mengesahkan kemenangan menerusi rembatan Martin Demichelis.
''Peluang kami semakin terbuka walaupun kerap kalah di awal musim. Setiap mata sekarang adalah berharga,'' kata jurulatih Malaga, Manuel Pellegrini.
Kemenangan itu meletakkan Malaga di tangga keempat liga, mengatasi Levante yang tewas 0-2 kepada Osasuna, kelmarin.
Berbaki sembilan perlawanan, Valencia yang tewas 1-3 di Getafe, Sabtu lalu masih menghuni tangga ketiga dengan 47 mata, berterima kasih kepada perbezaan gol dengan Malaga.
Levante pula masih dipisahkan tiga mata untuk berada di tangga kelima liga. - REUTERS
No comments:
Post a Comment