Wednesday, 21 March 2012

Mat Zan 'bengang'

WAJAH merah padam Mat Zan Mat Aris melihat kealpaan benteng pertahanan jelas menceritakan betapa kecewa pengendali berkenaan melihat Terengganu tumbang 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) petang semalam.

Dia menyuarakan kesilapan pemain pertahanan yang sedikit gopoh dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu membantu penyerang Kitchee FC untuk menjaringkan gol sedangkan pasukannya menguasai permainan.

“Walaupun babak pertama anak buah saya menguasai permainan dan melancarkan serangan, namun tidak mampu menembusi pertahanan lawan dan ini yang membuatkan pasukan kita kalah pada perlawanan ini,” tegas Mat Zan yang ditemui selepas perlawanan.

Kegagalan pemain pertahanan diketuai ketua pasukan, Muslim Ahmad yang gagal mengeluarkan bola memberi peluang buat penyerang lawan, Jorge Tarres Paramo menolak masuk untuk gol pembukaan menewaskan penjaga gawang, Shamirza Yusof pada minit ke-44.

Walaupun babak pertama dikuasai pasukan tuan rumah yang bersemangat melancarkan serangan, kekebalan pertahanan dua pemain import tinggi lampai, Fernando Cancela Rodriguez dan Zeeshan Rehman menyukarkan Francis Forkey Doe menghasilkan gol.

Juara Hong Kong itu sekali lagi menambah derita tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-73 menerusi kapten, Chu Siu Kei. -Berita harian

No comments: