Thursday, 22 March 2012

Resah Sathia jadi nyata

APA dikhuatiri jurulatih Tentera, B Sathianathan sudah berlaku apabila Tentera sekadar seri 2-2 dengan MP Muar dalam saingan sebelah petang, bola sepak Liga Perdana di tempat lawan, minggu lalu.

“Saya tidak percaya bermain sebelah petang menjadi punca utama pasukan kalah dan seri kerana sebagai pasukan profesional pemain sepatutnya boleh bermain dalam semua keadaan baik petang atau malam.

“Tetapi dalam bola sepak pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan faktor bermain sebelah petang ini menyebabkan pasukan kehilangan empat mata,” kata Sathia, semalam.
Sebelum mengakhiri kempen pusingan pertama, Tentera akan menunggu ketibaan Pos Malaysia di tempat sendiri pada 30 Mac ini dan bertandang ke Stadium Paroi bertemu Polis.

Sathia mengharapkan sebelum pertemuan ini semua pemain yang berada dalam senarai kecederaan seperti penyerang import Marlon Alex James dan ketua pasukan Hairuddin Omar pulih sepenuhnya dan kembali beraksi dalam baki dua perlawanan ini.

“Kami harap dapat mencari mata penuh dalam dua pertemuan ini untuk menjarakkan diri dengan Pahang dan Polis,” katanya.

No comments: