Sunday, 25 March 2012

SUK Sarawak tunjuk taring

KUCHING: Sarawak muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kali Keempat selepas merangkul lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa, baru-baru ini.

Pingat emas diperoleh menerusi bola sepak, badminton, ping-pong manakala bowling dan golf masing-masing diraih dalam acara berpasukan.


SUK Sabah yang mengumpul dua emas, tiga perak dan enam gangsa muncul naib juara manakala SUK Perak, ketiga dengan dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Seramai 1,200 atlet 13 negeri mengambil bahagian dalam temasya sukan itu.


“Di Pahang tahun lalu, kami hanya meraih satu emas tapi kini lima emas. Kami mahu bilangan pungutan pingat ini dikekalkan pada kejohanan tahun depan di Pulau Pinang,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani.

No comments: