Wednesday, 11 April 2012

Arsenal ubah sasaran, Target No 2 Liga Perdana Inggeris

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu bakal bertandang ke Wolves, hari ini (awal pagi esok) untuk meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan City 1-0, Ahad lalu yang meletakkan mereka kini 10 mata di belakang skuad mewah itu.

“Saya yakin kami akan menamatkan saingan di tempat ketiga. City sudah pun terlepas peluang bergelar juara dan mereka mungkin akan tercicir lagi mata. Jadi mana tahu kami mampu memintas kedudukan mereka.

“Sasaran kami kini ialah untuk menang setiap perlawanan dan jika berjaya melakukannya, sudah pasti slot ke Liga Juara-Juara musim depan menjadi miliki kami,” kata Szczesny.

Wenger sebelum ini cukup kecewa dengan kemerosotan prestasi Arsenal pada pertengahan musim yang menghalang mereka untuk memberi cabaran hebat pada kedudukan teratas liga, namun lapan kemenangan pada sembilan perlawanan terakhir menghidupkan semula perjuangan mereka.

Pemain tengah Arsenal, Yossi Benayoun yakin mereka mampu meneruskan rentak cemerlang menidakkan cabaran daripada pasukan di tangga keempat dan kelima, Tottenham dan Newcastle yang hanya ketinggalan dua mata berbanding mereka.

“Kami perlu terus beraksi baik seperti ketika bertemu City kerana jurang mata begitu rapat. Pada ketika ini, setiap perlawanan adalah sukar dan ia serupa apabila berdepan Wolves,” kata Benayoun. – AFP

No comments: