Jijoe terkilan khabar angin sebut dia dan Josiah bergaduh
AZIZULHASNI Awang menafikan hubungan antara dia dan Josiah Ng sudah keruh.
Jaguh berbasikal trek negara itu menyuarakan rasa hairan macam mana khabar angin seumpama ini boleh tercetus ketika mereka bersifat profesional dalam perlumbaan.
Kami tidak ada bermasam muka, kami bersikap profesional. - Azizulhasni Awang, Jaguh berbasikal trek
Pelumba dengan panggilan mesra Jijoe itu sebalik berkata mereka berdua macam abang dan adik. Cuma semasa berlumba sahaja mereka menjadi musuh ketat dan menegaskan tiada sebarang masalah antara mereka.
“Saya sedih apabila Josiah kecewa sehingga menitiskan air mata selepas gagal melepasi pusingan awal di Melbourne.
Tapi dia ada mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) kepada saya dan berkata saya lebih berhak mendapat tempat dalam skuad Olimpik,” kata Jijoe.-Berita Harian
No comments:
Post a Comment