PEMAIN Terengganu, Erison Baiano (kiri) diasak pemain Tampines Rovers, Benoit pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam. - Foto Aswadi Alias
Di Stadium Gajayana, Malang, Kelantan mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan H hasil dua jaringan Mohamad Ghaddar minit ke-16 dan 60 serta Zamri Ramli minit ke-87. Gol tunggal Arema dijaringkan Roman Chmelo minit ke-35.
Beraksi di hadapan kira-kira 7,000 penyokong tuan rumah tidak menggoyahkan Tampines yang dibimbing Steven Tan memperolehi gol pertama menerusi kapten, Aleksandar Duric yang bijak menyudahkan peluang di depan pintu gol pada minit ke-37.
Terengganu cuba bangkit pada babak kedua tetapi keghairahan mereka mencari gol penyamaan sekali lagi dihukum Duric yang mudah melepasi benteng pertahanan tuan rumah untuk gol kedua Tampines pada minit ke-90.
Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu bagaimanapun kekal di tangga kedua selepas pasukan teratas, Kitchee turut tewas 0-1 kepada Song Lam Nghe An di Vinh, Vietnam. Kitchee mengumpul sembilan mata, Terengganu enam mata manakala Tampines dan Song Lam berkongsi empat mata.-Berita Harian
No comments:
Post a Comment