Sunday, 22 April 2012

Chong Wei akui demam, tak mahu hadir dengan wajah tak ceria

Chong Wei akui demam, tak mahu hadir dengan wajah tak ceria

KEMELUT yang melanda harapan emas Olimpik negara, Lee Chong Wei berakhir apabila pemain badminton nombor satu dunia itu tampil memberi penjelasan berhubung ketidakhadirannya pada Majlis Anugerah Sukan Negara kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, semalam.

Chong Wei ada memberi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zolkples sebelum majlis bermula dan berkata, dia mengakui kepentingan majlis anugerah itu tetapi dia sedang demam dan tidak mahu hadir dengan wajah dan perasaan tidak ceria kerana boleh mengundang persepsi negatif.

Saya kena terima dan perlu jujur dalam setiap tindakan. Tetapi saya harap dapat belajar sesuatu daripada kekusutan ini. - Lee Chong Wei

“Saya kena terima dan perlu jujur dalam setiap tindakan. Tetapi saya harap dapat belajar sesuatu daripada kekusutan ini,” katanya yang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memberi penjelasan selepas berakhir Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Johor Bahru, awal bulan depan.

No comments: