Sunday, 1 April 2012

Dalglish tak gusar

NEWCASTLE: Kritikan terhadap Liverpool mungkin makin memuncak selepas mempamer rekod kurang memuaskan tapi pengurus, Kenny Dalglish tidak akan tunduk kepada generasi Twitter yang sentiasa dahagakan kejayaan segera.

Lima kekalahan dalam enam perlawanan liga menyebabkan pelbagai kritikan dilempar termasuk keinginan pemain hinggalah kepada penilaian Dalglish terhadap taktik dan pasaran pemain.


Justeru perlawanan menentang Newcastle malam ini ingin dijadikan medan menebus maruah memandangkan kekalahan di St James’ Park menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata berbanding pasukan tuan rumah yang kini menduduki tangga keenam. Pasukan itu diejek selepas kalah kali ke-10 di Amfield di tangan Wigan hujung minggu lalu hingga ada yang menuntut pengurus warga Scotland itu dipecat.

Liverpool mungkin sudah menjuarai Piala Liga, gelaran pertama dalam tempoh enam tahun dan kini di separuh akhir Piala FA tapi Dalglish enggan menikmati ‘kejayaan segera’.


Baginya unsur tuah turut memainkan peranan selain kerja keras yang membawa kepada kejayaan itu.


“Semuanya kini segera, termasuk kopi. Apa saja diinginkan semuanya segera.


“Tapi yang tidak berubah di kelab ini adalah keinginan pemain yang mahu membawa kelab ke hadapan dan ini yang ingin kami lakukan.


“Ia tidak boleh dilakukan semalaman, tidak boleh berakhir di Twitter, ia akan diselesaikan menerusi kerja keras dan itulah yang akan kami lakukan.” - Agensi

No comments: