JAKARTA: Suasana panik melanda wilayah Aceh semalam selepas gempa sekuat 8.7 magnitud disusuli dengan lima gempa susulan menggegarkan rantau itu.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gempa pertama amat kuat dan berlaku kira-kira 10 minit, menyebabkan penduduk bertempiaran menyelamatkan diri, berlari menuju ke kawasan tinggi kerana bimbang tsunami berlaku.
Berikutan gempa itu, bekalan elektrik dan komunikasi terputus sementara jalan raya sesak dipenuhi kenderaan.
Suasana menjadi semakin cemas apabila siren amaran tsunami dikeluarkan seiring dengan suara azan yang berkumandang dari masjid. - ROL
No comments:
Post a Comment