Tuesday, 10 April 2012

Intermezzo: Petikan gitar merdu

JARANG sekali nama gitaris legenda klasikal Australia ini diketengahkan. Selaku komposer serta penggubah, beliau memiliki teknik sempurna permainan gitar klasikal. Beliau memainkan pelbagai muzik daripada seluruh pelusuk dunia.

Repertoire muzik gitar beliau merentasi zaman baroque, klasikal, romantik, blues, rock moden dan ‘diaspora’ Afrika. Beliau berkongsi anugerah Grammy bersama Julian Bream melalui Best Chamber Music Performance dalam menterjemah karya komposer Lawes, Carulli, Granados dan Albeniz sebelum ini.

CD ini memuatkan 26 karya ditulis oleh komposer Venezuela seperti Antonio Lauro, Raul Borges, Heraclio Fernandez, Vicente Emilio Sojo dan ramai lagi. Ada dalam senarai adalah ‘piece’ latin seperti Angostura, Nelly, El Marabino, Vals Venezolano, Virgilio dan Las Perdices.

Album ini sesuai merehatkan minda tanpa bunyi bising atau mahu mencari sesuatu lain daripada kebiasaan. Setiap satu irama dipersembahkan solo tetapi seperti tiga orang bermain gitar serentak.


Tanpa lirik bukan bermakna tidak menarik. Warna ‘tone’, ‘strumming’ dan ketepatan jari-jemari memetik setiap ‘nota’ membuat muzik CD El Diablo Suelto seperti menyanyi!

Album ini boleh memberi tambahan repertoire muzik seseorang apatah muzik bersifat sejagat dan tidak sama satu sama lain. Untuk maklumat lanjut album, pendengar boleh melayari www.sonyclassical.com.


INFO:

ARTIS: John Williams
TAJUK: Guitar Music Of Venezuela (El Diablo Suelto)
GENRE: Gitar Klasikal Latin
EDARAN: Sony Music (M)

No comments: