CHARICE disifatkan oleh komposer David Foster berperwatakan kerana mampu meniru suara penyanyi lain. Di sebalik pujian itu, penyanyi Filipina ini pernah kecewa dan membatalkan konsertnya tahun lalu selepas bapanya mati ditikam seorang lelaki mabuk dalam satu kejadian lewat malam di Manila.
Album terbaru bertajuk Infinity menggambarkan kematangan dan impian Charice.
Vokal ditonjol penuh ekspresi dan muzik padat. Ada 10 lagu disenarai termasuk single pertama, Before It Explodes ditulis oleh Bruno Mars diikuti Louder pula hadir sebagai single kedua.
Lagu bertajuk Lesson For Life mendapat sentuhan Jason Derulo. Lagu Never Always dan Heartbreak Survivor berkarakter dan kena dengan vokal mantap Charice.
Apa kata dengar alunan romantik bertajuk New World. Lagu ini memberi ‘mood’, boleh didengar sambil ‘berbalas pantun’ dalam kereta sebelum keluar makan malam bersama orang tersayang!
Idea persembahan lagu dan lenggok vokal unik dengan cara tersendiri. Charice mampu menyanyi dan lebih menyerlah tarik suara berbanding sesetengah penyanyi ‘overated’ Amerika atau Eropah. Untuk nota kaki, album ini sesuai jadi rujukan ilham untuk menyanyi.
Album Infinity memang memberi kepuasan! Tepat sekali dengan status ‘released’ ekslusif dibuat di Jepun sebelum ini. Mesti ada dalam koleksi rak muzik pop!
INFO:
ARTIS: Charice
TAJUK: Infinity
GENRE: Teen Pop, Electropop
EDARAN: Warner Music (M)
No comments:
Post a Comment