Wednesday, 11 April 2012

Kerajaan Malaysia tidak cadang wajibkan e-filing

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui sistem e-filing berikutan cadangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui e-filing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ketua Pengarah LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar baru-baru ini telah mencadangkan usul kepada kementerian untuk mewajibkan pembayaran cukai melalui sistem e-filing.

Pada masa ini sebanyak 2.5 juta pembayar cukai menggunakan e-filing iaitu hampir 70 peratus daripada keseluruhan pembayar cukai di negara ini.-kosmo

No comments: