Wednesday, 11 April 2012

Button miliki pakej bergelar juara dunia


BUTTON bersama teman wanitanya, Jessica Michibata ketika di Malaysia baru-baru ini.


LONDON - Juara dunia 1996, Damon Hill tetap mempertahankan ramalannya bahawa Jenson Button mampu mengatasi Sebastian Vettel musim ini kerana pemandu McLaren itu hampir memiliki pakej yang lengkap.

Selepas dua perlumbaan, Button yang menjuarai saingan pembuka musim di Australia, kini menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 25 mata, kurang 10 mata di belakang pendahulu, Fernando Alonso dan lima mata di belakang Lewis Hamilton.

Antara trio tersebut, Button lebih menjadi pilihan Hill untuk menewaskan Vettel kerana dia percaya McLaren mempunyai strategi yang betul.

"Ia sesuatu yang datang kepada kamu selepas beberapa tahun dalam perlumbaan Formula Satu (F1)," kata Hill kepada The Sun.

"Semua perkara yang anda belajar, akhirnya muncul bersama-sama dan itulah yang sedang kami lihat pada Button.

"Saya percaya, sekiranya dia (Button) mempunyai 'peralatan' yang betul, dia mampu melakukan sesuatu yang luar biasa," tambah Hill. - Agensi

No comments: