KANTUNG Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembung, semalam - terima kasih kepada 'bencana ciptaan Sarawak' yang derita terpaksa membayar denda lagi - kali ini RM46,000 membabitkan kesalahan langkah kawalan keselamatan ketika menentang Kelantan dalam Liga Super pada 7 April lalu.
Episod ini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ selepas hanya seminggu lalu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dipalit hukuman denda RM29,500 gara-gara kesalahan sama ketika menentang Lions XII pada 17 Mac lalu.
Tambah perit, Robert Alberts dan anak didiknya dari skuad Bujang Senang terpaksa beraksi empat perlawanan di Stadium Negeri, Kuching tanpa kehadiran penonton berkuatkuasa serta merta.
No comments:
Post a Comment