Saturday, 28 April 2012

Tito Vilanova Jurulatih Baru Barcelona

Tito Vilanova
Tito Vilanova

Pep berundur selepas 4 tahun 'Vilanova calon paling layak ganti'

BARCELONA: Pengurus pasukan Barcelona, Pep Guardiola mengesahkan akan meninggalkan kelab dari Catalan, akhir musim ini dan ketika sama mengumumkan penolongnya, Tito Vilanova sebagai calon paling layak mengisi jawatannya.

Pengendali berusia 41 tahun itu yang mengetuai pasukan berkenaan ke tahap tertinggi dengan corak permainan bola sepak hampir sempurna pernah disaksikan, berundur dengan penuh bangga membimbing anak didik memenangi 13 trofi, termasuk dua Liga Juara-Juara dan gelaran La Liga Sepanyol tiga kali berturut-turut.

Apabila saya bermula di sini saya percaya dapat mengecapi segala-galanya dan itulah apa yang saya terima selepas satu tempoh penuh bermakna ini. - Pep Guardiola, Pengurus pasukan Barcelona

“Orang yang akan mengisi tempat saya akan memberi sesuatu yang saya tidak dapat beri. Empat tahun di sini amat mencabar dengan tuntutan tinggi dan anda harus bersikap kuat.

“Apabila saya bermula di sini saya percaya dapat mengecapi segala-galanya dan itulah apa yang saya terima selepas satu tempoh penuh bermakna ini,” kata Guardiola di sidang akhbar yang dibanjiri wartawan dan jurugambar, semalam.

Sementara itu, Lionel Messi melahirkan perasaan amat sedih berpisah dengan jurulatih yang banyak membantu dia menjadi pemain ternama.

“Saya tak tergamak untuk hadir di sidang media kerana terlalu emosi. Terima kasih Pep, anda memberi saya segala-galanya secara peribadi dan juga secara profesional,” kata bintang Argentina itu. - AFP

No comments: